Sedarlah sedara.. ko xda apa.. ko x punya apa2. ko cme cntik luaran, dalam busuk.. ko hipokrit , tp aku x ckp ko munafik k...
aku x ske ko la.. sedarla sedara.. ko ada apa? ko x lyak la nk benda2 mcm 2... sdarla sedara. ko x mmpu bg apa2.. ko sbenarnya kejam.. eiii, ramai lg la lbih elok dr ko! ko jgn perasan k.... xyah nk perasan bgus... ko 2 dak kcik jerrr..
kalo ad pn. ko kena main2kan jer.. ko mcm patung, BONEKA! so,, watper ko nk kejar... org nk ko sbb nk sesua2 yg berkepentingan.. sedangkan ko x beri apa2 pn.. fkirlah logik ckit sedara.. ada ker org bri sesuatu tp x mnta dblas budinya. skurg2 xda pn msT ad juga. mnsia lemahla sedara.. xd segalanya free.. nk cr yg ikhlas susah.. so ko faham2la yerrr...
ingat ckit sedara.. ingat.. sedarlah dri.. jgn perasan bgus dan fkir suma org ske ko.. ko xtau ramai yg myampah dgn ko.. ko jer sedar x sedar... (aku tau la.. tp aku wat derk jer, mcm biasa).. kalo ko tau, ko nk apa lg, cepat2 la berambus... berambus , buang perangai2 buruk ko... THINK POSITIVE ....
Ko berpotensi leh jd baik. tp ko ne fkir dunia da ckup indah. jgn sedara. dunia ne smentara.. Yg jge ko dn plihara ko Allah semata2 shj... ibu, keluarga, sedara mara, kwn2 suma 2 smentara jer... bl2 ko akan hlang suma 2. so ko sedarlah yerrr.. ak caya ko leh jd baik.. ko leh jd khalifah yg bek. cme ko ne ske layan kehndak dn nafsu ko jer.. dunia ni sedara aku nk ckp sama ko.. secantik2 dunia ne,, jauh lg syurga 2 cntik kalo ko nk tgok.. (ak x tgok cam ner ak tau syurga 2 cntik?) . Syaratnya ko kena mati dlu la,, amal bnyak.. ikhlas. jge perintah dn x langgar perintah.. buangla apa2 yg x berfaedah. cr jerla apa yg mjd faedah di atas bumi ni.. ko faham x apa y g aku ckpkan ne sedara? sedarlah yerr..
Salam... Aku cau dlu. aku xnk gangu ko wat xment ...
(Terima kasih, aku x tau nama ko. tp jasa ko amat aku hargai, tme kasih nasihat i2)
6-3-2010 14:36 : Sabtu
Wahhh,, terujanya... aku dah pandai main. sekali dah pandai main... Kemarukla. Ak belajar dalam tempoh 2 minggu sahaja (tidak silap)... Hehek.. Sahabatku Azmee yang mengajar.. Kini, aku turunkan ilmu ini kepada 4 orang iaitu Pid (adik), Fizi (Kwn Sekolah) dan (Nazreen & NAzril) sepupuku .. Sampai sekarang diorg dah pandai hasil didikan aku (bangga). Bestla selesaikan masalah Cube nie. Mula2 sekali tgok macam susah. Mustahil jer boleh buat.. Tapi bila belajar slow2 dari kwn aku, aku dapat jugak selesaikan... Sekarang ni. Memg xda masalah untuk menyelesaikannya. Tp, tidaklah sepantas mana.. Purata aku dapat siapkan dalam masa 2 minit lebih. Catat masa terpantas xpernah lak rakam. Tp rasanya pernah paling pantas tidak sampai 2 minit. Tetapi itu jarang sekali aku mendapati. Lazimnya aku akan selesaikannya tidak lebih dari 4 minit..
Maaflah, aku tidak sempat mengajarnya di blog ini. Sukarlah nk ajar melalui penulisan. Melainkan aku upload video dan ajar sendiri kepada sesiapa yang berminat. Cayok2x ....
(Foto sebelum dan selepas) di atas.
Penulis pernah berangan-angan menemuinya (dalam mimpi). Hingga kini penulis tidak menemuinya. Penulis sedar penulis tidak layak untuk menemuinya kerana penulis sendiri tidak mencontohi jejak langkahnya. Perbuatan dan setiap tingkah laku baginda amatlah terpuji. Penulis mengakui penulis bukanlah orang yang alim agama. Namun itu bukan alasan penulis tidak pernah ingin menemuinya.
”Ya Rasulullah, dimanakah engkau... Aku ingin menemuimu Rasulullah. Tunjukkanlah wajahmu dihadapanku Rasulullah. Aku tahu Rasulullah, aku banyak dosa. Aku bukanlah orang yang layak menemuimu. Ya Rasulullah, adakah aku layak berjumpa denganmu di hari pembalasan? Ya Rasullullah, aku khuatir engkau mengusirku setelah aku ingin menemuimu. Aku segera bimbang jika-jika engkau menghalangi aku untuk turut serta bersama-sama engkau di telaga Kauthar. Adakah engkau syafaati aku ya Rasulullah? ...............
Penulis sedar, penulis tahu, penulis mengerti, penulis akur, penulis tidak nafi yang menulis blog ini merupakan hamba yang banyak melakukan kesalahan dan dosa. Tidak layak untuk penulis menemuinya. Namun, penulis masih berharap dapat menemuinya. Ya Allah, berikanlah aku hidayah dan permudahkanlah aku untuk menjejaki setiap perilakunya... Aku ingin segara menemuinya... Aku risau Ya Allah jika-jika aku ini tergolong dalam kalangan orang yang hanya berangan-angan.
Memandangkan penulis minat cerita-cerita nabi, penulis sempat membeli sebuah buku ”Biografi, Muhammad Bin Abdullah: Perjalanan Hidup Seorang Nabi. Buku ini diterbitkan oleh Syarikat PTS. Harga tidak mahal, hanya RM35. Buku ini terdiri dengan 466 halaman. Rasanya berbaloi untuk dibeli. Penulis teruja membelinya. Ketika itu penulis bersama rakan-rakan lain pergi Alamanda Putrajaya. Ketika itulah sempat singgah di kedai buku MPH. Pertama kali lihat terus sahaja penulis jatuh cinta. Tanpa membuang masa penulis terus sahaja ke mesin ATM mengeluarkan tunai RM100 untuk membelinya. Hendak diceritakan semasa membeli buku ini, sempat lagi seorang kakak tidak dikenali menegur penulis. Mulanya penulis berkata ”Wah, cantiklah cover buku ini.. Aku suka.” Penulis berkata kepada rakan di sebelah yang bernama Azmee. ”Jangan tengok cover sahaja, tengok pengisiannya” kakak itu terus menyampuk. ”Hehekkk ... :-P” penulis tergelak sendirian sambil diperhati rakanku Azmee.
Sempena Maulidul Rasul, penulis ingin mengingatkan kepada penulis sendiri dan saudara-saudari yang membaca, selawatlah banyak-banyak kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Kerana penulis teringat Ustaz di sekolah dahulu semasa perhimpunan selepas membaca al-Quran beliau mengingatkan orang yang paling kedekut di dunia ialah orang yang tidak berselawat ke atas Nabi setelah mendengar namanya. Sekalian. Wassalam.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang,
Lihatlah saudaraku alam yang terbentang maya ini. Tidakkah kamu sekalian memerhati betapa hebatnya kekuasaan Allah. Penulis suka sangat lihat kejadian alam yang serba indah ini. Memandangkan penulis mengambil subjek minor Kesusasteraan Melayu, amatlah penting penulis melihat kejadian-kejadian alam yang indah ini bagi mendapatkan ilham menulis cerpen dan puisi. Sememangnya, alam yang diciptakan Allah ini semuanya menngandungi hikmah-hikmah tertentu tanpa kita sedari.
Lihat sahaja bulan dan matahari. Ada sebab mengapa Allah menjadikannya. Penciptaan bulan dan matahari untuk memudahkan manusia berurusan dan membilang hari. Tanpa kejadian bulan dan matahari, mustahil manusia dapat menguruskan masa dengan baik. Kejadian siang dan malam umpamanya juga mengandungi hikmah-hikmah tertentu. Allah tidak pernah menciptakan sesuatu kejadian itu semata-mata begitu sahaja melainkan terdapatnya hikmah.
”Moksu, tengok itu.. Tahi bintang” aku menerpa Moksu aku. Ketika itu penulis masih kanak-kanak lagi. Penulis, adik-adikku yang dicintai dan Moksu penulis yang dikasihi keluar seawal jam 5:30 pagi semata-mata ingin melihat tahi bintang. Ketika itu penulis ingat lagi iaitu bintang-bintang bertebaran di seluruh angkasa. Penulis, Moksu dan adik-adikku berbaring di jambatan untuk melihat keindahan alam. Indahnya........... Tiba-tiba, .............. Ada orang gila kejar keluar dari celahan semak tidak jauh dari jambatan yang kami baring !! Lari !!! Penulis, adik-adikku dan Moksu berlari-lari selaju mungkin. Gelap lak tu .. Kesian kami..
Cantikkan alam ini, memang penulis rela seorang diri bermusafir daripada ditemani rakan-rakan yang hanya asyik bersembang hal-hal dunia. Bila penulis balik kampung dengan menaiki bas, penulis lebih gemar pulang seorang diri kerana penulis suka lihat pemandangan di luar. Umpamanya bukit-bukau, pokok-pokok, burung-burung, awan, ragam manusia, kenderaan dan macam-macam lagilah. Penulis seakan dibuai mimpi melihat semua itu. Entah mengapa suka pulang seorang diri. Penulis suka nak bermuhasabah diri. Maka oleh itu saudara-saudari. Perhatilah kejadian alam ini disekeliling kamu. Pasti hati kamu akan tertawan. Wassalam.
Salam kepada saudara2 ku sekalian.. semoga anda selamat melayari blog sy ini .. Terlebih dahulu penulis ingin mengucapakan salam sejahtera kepada kalian semua yang melayari blog ini. Penulis bukanlah penulis blog yang hebat dan tiada pengalaman dalam menulis. Maka penulis ingin melangkah berani dengan menulis dalam blog ini untuk tatapan umum. Penulis bukanlah Raja Petra dan juga bukanlah Datuk Seri Anwar yang hebat dalam berkata-kata. Akan tetapi, sekurang-kurangnya penulis ingin berkongsi sesuatu dengan anda semua. Langkah pertama dalam menulis, penulis lebih gemar untuk berbicara tentang agama dan mengingati Pencipta kita iaitu Allah SWT Yang Maha Besar.. Dan tidak lupa juga junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Selawat ke atasnya. Hal ini kerana, supaya kita tidak lalai daripada tujuan sebenar kita dilahirkan di atas muka bumi ini.
Tidak kira sama ada orang Islam, Kristian, Yahudi, Buddha, Hindu dan sebarang kepercayaan apa sekalipun. Percayalah, dalam kalangan kita semua pasti percaya akan kewujudan Tuhan. Orang Ateis sekalipun, suatu hari nanti mereka akan percaya akan kewujudan Tuhan. Penulis pernah terbaca dalam internet iaitu bagaimana golongan yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan akhirnya akan mengakui kewujudan Tuhan. Seorang warga Amerika yang terselamat daripada maut yang menimpanya.
Peristiwa 11 September 2001. Ingatkah anda ?? Bangunan gah di Bandaraya New York yang musnah dan hancur menyembah bumi yang didakwa oleh White House dan Pentagon diserang oleh pengganas al-Qaeda. Penulis tidak mahu highlight siapa yang bertanggungjawab kepada insiden tersebut, tetapi kita fokus pada pokok perbncagan awal td. Kisah seorang warga Amerika ini terselamat daripada maut ketika bangunan WTC itu terbakar di bahagian atas. Warga Amerika itu sempat berbisik dalam hati, "Tuhan selamatkanlah daku". Tidak lama selepas itu, warga Amerika itu sempat menyelamatkan diri dan keluar dari bangunan itu sebelum bangunan itu menyembah bumi. Selepas selamat daripada kejadian itu dia sempat mengingati apa yang dia berbisik dalam hatinya. Dia terselamat dan dia merasakan Tuhan menyelamatkannya. Sebelum ini dia tidak percaya kepada Tuhan. Sering menafikan kewujudan Tuhan. Akhirnya dia mengalah dan terus berusaha untuk mencari kebenaran. Akhirnya dia menemuinya iaitu Islam. (Maaf, penulis tidak ingat nama warga amerika ini dan alamat web ini). PrinceNaz:- Penulis membaca artikel tersebut sudah lama, tidak ingat fakta2 yang sepatutnya perlu untk dibuktikan.
Seterusnya kita perlu tahu. Yang membezakan antara kesemua agama ialah daripada aspek akidah. Kita semua percaya, Islam tetap dengan pokok asas bahawa Tuhan itu satu iaitu Allah SWT (God). Tiada tuhan bapa dan juga tuhan anak. Tuhan itu Maha Kuasa dan tidak layak apa2 yang bersekutu dengan-Nya. Allah tidak patut disamakan dengan bentuk makhluk ciptaan-Nya.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[112.1] Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
[112.2] "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
[112.3] "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
[112.4] "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".
(Surah al-Ikhlas: 1-4)
Kita tidak dapat nafikan bahawa Islam merupakan satu2nya agama yang sesuai dengan fitrah manusia. Hendaklah kita semua percaya bahawa bukanlah Islam menghendaki kita, bahkan kitalah yang menghendaki Islam. Konsep ini lebih sesuai jika dikatakan mengapa perlu wujudnya Islam dalam diri kita.
Penulis sebenarnya gemar berkongsi pengalaman dan pendapat dengan anda semua. Penulis sebenarnya banyak melihat video2 di Youtube tentang sosio-budaya masyarakat di Eropah serta masyarakat di Barat umumnya. Penulis terkejut bahawa orang-orang Barat sudah mengamalkan nilai-nilai murni dalam agama Islam. Penulis fokuskan kepada hubungan komuniti di antara mereka dan nilai kebertanggungjawaban dalam diri mereka. Penulis amat kagum kepada mereka. Bukanlah niat penulis ingin memuji mereka 100% dan menyeru kalian semua meniru budaya mereka 100%. Akan tetapi, penulis ingin highlight tentang sifat kebertanggungjawaban mereka dalam hidup bermasyarakat. Misalnya, mereka mudah membantu orang lain meskipun tidak dikenali. Apabila disuruh tolong, mereka pasti tidak akan menolak.
Penulis ada mendengar pensyarah kepada kawan penulis dia mengatakan kepada penulis bahawa di Amerika, rumah tidak perlu dikunci tatkala tuan rumah keluar meninggalkan rumahnya. Hal ini kerana tidak ada sesiapa yang berani mencuri masuk ke rumah tersebut. Samada ada benar atau tidak fakta tersebut. Wallahuallam. Jika benarlah fakta tersebut. Mereka sebenarnya sudah mempunyai kesedaran sivik yang sangat tinggi. Cuba kita fikir. Beranikah kita tidak mengunci rumah kita apabila kita meninggalkan rumah kita dalam beberapa masa yang lama ?? Janganlah sekali-sekala.. Bahkan rumah yang dirantai, dikunci dan dimangga juga akan cuba dipecah masuk oleh orang-orang yang kurang siuman.
Seperkara lagi penulis ingin berkongsi, penulis sangat terharu dengan perkembangan Islam di Eropah dan Amerika. Hal ini kerana saban hari di Eropah dan juga Amerika, warganya memeluk Islam. Purata setiap tahun di Amerika seramai 600,000 orang yang memeluk agama Islam.
Buktinya:-
"Moslem are the world fastest growing group""Orang-orang Islam adalah umat yang paling cepat perkembangannya di dunia."(The Population Reference Bureau, USA Today)
"Islam is the fastest-growing religion in America...""Islam adalah agama yang paling cepat berkembang di Amerika..."(Hillary Clinton-Los Angeles Times)
"Islam is the fastest-growing religion in the country.""Islam adalah agama yang paling cepat berkembang dalam negara."(Geraldine Baum, Newsday Religion Writer, Newsday)"
Islam is the fastest-growing religion in the United States...""Islam adalah agama yang paling pantas berkembang di Amerika Syarikat..."(Ari L. Goldman, New York Times)
Penulis sangat terharu dan gembira. Penulis sangat kagum dengan sifat mereka yang sangat gembira dengan agama baru mereka. Kebanyakan mereka berasal daripada agama Kristian dan ateis. Mereka mendapati bahawa Islam agama yang benar2 membimbing mereka ke arah kebenaran dan mereka selamat dengan Islam disisi mereka. Daripada pengamatan penulis, mereka benar2 beriman dengan agama Islam. Bukti, tiap kali mereka diwawancara oleh wartawan tentang pengalamannya memeluk Islam, mereka sangat gembira dan seolah2 mrk sangat bangga menjadi seorang muslim. Bak kata Jermaine Jackson (abg kepada Michael Jackson) ”I’m proud to be a Muslim”.
Penulis sendiri berasa sedih, mengapa ramai anak2 Melayu kita tidak mengamalkan Islam, meninggalkan nilai2 baik yang terdapat dalam Islam. Maksud penulis, bukan sahaja dari aspek spiritual semata2, bahkan budaya dan nilai2 murni dalam agama Islam i2 sndiri. Mereka (remaja2 Melayu Islam) lebih mengagumi kebudayaan Barat daripada Islam itu sendiri. Sebagai contoh, di Kuala Lumpur. Penulis dapat lihat gelagat2x anak2 Melayu kita. Pakaian ala2 Gothic. Mereka sangat bangga mmpamerkan fesyen tersebut. Si Perawan dengan baju gelap, berstokin kuda belang dan bercelak tebal agak menakutkan penulis. Si Balaknya pula penulis x berapa nk kelihatan kerana si perawan agak lebih menonjol ddp aspek pemakaiannya. Penulis bukan bermaksud mengatakan semua anak2 Melayu teruk akhlaknya, tetapi kebanyakan remaja Melayu agak tergelincir. Bukan sahaja remaja2 Melayu, bahkan orang dewasa, pakcik2 pun sama juga 2 kali 5. Kita tidak boleh menuding jari sesiapa. Bahkan sama2 kita fikir apakah punca sebenarnya. Mengapa Malaysia sukar untuk mendidik warganya menjadi manusia yang baik. Salah siapa?? Kerajaan, media massa, institusi kekeluargaan, sistem pendidikan, masyarakat atau diri sendiri?? Penulis percaya, jika mereka benar2 memahami Islam, pasti dan pasti mereka akan jatuh cinta dengan Islam. Meraka tidak akan melakukan perkara yang sia-sia. Islam i2 indah lagi permai. Sesungguhnya Islam i2 sgguh cantik dan suci. Wallahuallam.
http://mengenalislam.blogspot.com/search/label/MEREKA%20MEMILIH%20ISLAM
Sila layari web ini untuk mendapat maklumat lanjut

