Penulis pernah berangan-angan menemuinya (dalam mimpi). Hingga kini penulis tidak menemuinya. Penulis sedar penulis tidak layak untuk menemuinya kerana penulis sendiri tidak mencontohi jejak langkahnya. Perbuatan dan setiap tingkah laku baginda amatlah terpuji. Penulis mengakui penulis bukanlah orang yang alim agama. Namun itu bukan alasan penulis tidak pernah ingin menemuinya.
”Ya Rasulullah, dimanakah engkau... Aku ingin menemuimu Rasulullah. Tunjukkanlah wajahmu dihadapanku Rasulullah. Aku tahu Rasulullah, aku banyak dosa. Aku bukanlah orang yang layak menemuimu. Ya Rasulullah, adakah aku layak berjumpa denganmu di hari pembalasan? Ya Rasullullah, aku khuatir engkau mengusirku setelah aku ingin menemuimu. Aku segera bimbang jika-jika engkau menghalangi aku untuk turut serta bersama-sama engkau di telaga Kauthar. Adakah engkau syafaati aku ya Rasulullah? ...............
Penulis sedar, penulis tahu, penulis mengerti, penulis akur, penulis tidak nafi yang menulis blog ini merupakan hamba yang banyak melakukan kesalahan dan dosa. Tidak layak untuk penulis menemuinya. Namun, penulis masih berharap dapat menemuinya. Ya Allah, berikanlah aku hidayah dan permudahkanlah aku untuk menjejaki setiap perilakunya... Aku ingin segara menemuinya... Aku risau Ya Allah jika-jika aku ini tergolong dalam kalangan orang yang hanya berangan-angan.
Memandangkan penulis minat cerita-cerita nabi, penulis sempat membeli sebuah buku ”Biografi, Muhammad Bin Abdullah: Perjalanan Hidup Seorang Nabi. Buku ini diterbitkan oleh Syarikat PTS. Harga tidak mahal, hanya RM35. Buku ini terdiri dengan 466 halaman. Rasanya berbaloi untuk dibeli. Penulis teruja membelinya. Ketika itu penulis bersama rakan-rakan lain pergi Alamanda Putrajaya. Ketika itulah sempat singgah di kedai buku MPH. Pertama kali lihat terus sahaja penulis jatuh cinta. Tanpa membuang masa penulis terus sahaja ke mesin ATM mengeluarkan tunai RM100 untuk membelinya. Hendak diceritakan semasa membeli buku ini, sempat lagi seorang kakak tidak dikenali menegur penulis. Mulanya penulis berkata ”Wah, cantiklah cover buku ini.. Aku suka.” Penulis berkata kepada rakan di sebelah yang bernama Azmee. ”Jangan tengok cover sahaja, tengok pengisiannya” kakak itu terus menyampuk. ”Hehekkk ... :-P” penulis tergelak sendirian sambil diperhati rakanku Azmee.
Sempena Maulidul Rasul, penulis ingin mengingatkan kepada penulis sendiri dan saudara-saudari yang membaca, selawatlah banyak-banyak kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Kerana penulis teringat Ustaz di sekolah dahulu semasa perhimpunan selepas membaca al-Quran beliau mengingatkan orang yang paling kedekut di dunia ialah orang yang tidak berselawat ke atas Nabi setelah mendengar namanya. Sekalian. Wassalam.
0 comments:
Catat Ulasan