Neon Bintang: Menyuluh Kepekatan Malam

Sukanya aku melihat alam terbentang luas. Cerahnya matahari, cantiknya bulan, lawanya bintang-bintang, indahnya pelangi, seronoknya percikan hujan, heningnya bukit-bukau, pesonanya gunung-gunang, sejuknya hembusan pawana dan Aku bersaksi hanya Dia-lah Allah yang menciptakan segala alam ini.


Wahhh,, terujanya... aku dah pandai main. sekali dah pandai main... Kemarukla. Ak belajar dalam tempoh 2 minggu sahaja (tidak silap)... Hehek.. Sahabatku Azmee yang mengajar.. Kini, aku turunkan ilmu ini kepada 4 orang iaitu Pid (adik), Fizi (Kwn Sekolah) dan (Nazreen & NAzril) sepupuku .. Sampai sekarang diorg dah pandai hasil didikan aku (bangga). Bestla selesaikan masalah Cube nie. Mula2 sekali tgok macam susah. Mustahil jer boleh buat.. Tapi bila belajar slow2 dari kwn aku, aku dapat jugak selesaikan... Sekarang ni. Memg xda masalah untuk menyelesaikannya. Tp, tidaklah sepantas mana.. Purata aku dapat siapkan dalam masa 2 minit lebih. Catat masa terpantas xpernah lak rakam. Tp rasanya pernah paling pantas tidak sampai 2 minit. Tetapi itu jarang sekali aku mendapati. Lazimnya aku akan selesaikannya tidak lebih dari 4 minit..


Maaflah, aku tidak sempat mengajarnya di blog ini. Sukarlah nk ajar melalui penulisan. Melainkan aku upload video dan ajar sendiri kepada sesiapa yang berminat. Cayok2x ....

(Foto sebelum dan selepas) di atas.

Muhammad Bin Abdullah nama diberi. Siapakah gerangannya? Dialah Nabi dan Rasul yang diutuskan kepada sekalian makhluk. Baginda merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT selepas Nabi Isa a.s. Baginda merupakan tokoh yang selayaknya dicontohi oleh kita semua. Pusaka yang ditinggalkannya ialah al-Quran dan As-Sunnah.


Penulis pernah berangan-angan menemuinya (dalam mimpi). Hingga kini penulis tidak menemuinya. Penulis sedar penulis tidak layak untuk menemuinya kerana penulis sendiri tidak mencontohi jejak langkahnya. Perbuatan dan setiap tingkah laku baginda amatlah terpuji. Penulis mengakui penulis bukanlah orang yang alim agama. Namun itu bukan alasan penulis tidak pernah ingin menemuinya.


”Ya Rasulullah, dimanakah engkau... Aku ingin menemuimu Rasulullah. Tunjukkanlah wajahmu dihadapanku Rasulullah. Aku tahu Rasulullah, aku banyak dosa. Aku bukanlah orang yang layak menemuimu. Ya Rasulullah, adakah aku layak berjumpa denganmu di hari pembalasan? Ya Rasullullah, aku khuatir engkau mengusirku setelah aku ingin menemuimu. Aku segera bimbang jika-jika engkau menghalangi aku untuk turut serta bersama-sama engkau di telaga Kauthar. Adakah engkau syafaati aku ya Rasulullah? ...............


Penulis sedar, penulis tahu, penulis mengerti, penulis akur, penulis tidak nafi yang menulis blog ini merupakan hamba yang banyak melakukan kesalahan dan dosa. Tidak layak untuk penulis menemuinya. Namun, penulis masih berharap dapat menemuinya. Ya Allah, berikanlah aku hidayah dan permudahkanlah aku untuk menjejaki setiap perilakunya... Aku ingin segara menemuinya... Aku risau Ya Allah jika-jika aku ini tergolong dalam kalangan orang yang hanya berangan-angan.




Memandangkan penulis minat cerita-cerita nabi, penulis sempat membeli sebuah buku ”Biografi, Muhammad Bin Abdullah: Perjalanan Hidup Seorang Nabi. Buku ini diterbitkan oleh Syarikat PTS. Harga tidak mahal, hanya RM35. Buku ini terdiri dengan 466 halaman. Rasanya berbaloi untuk dibeli. Penulis teruja membelinya. Ketika itu penulis bersama rakan-rakan lain pergi Alamanda Putrajaya. Ketika itulah sempat singgah di kedai buku MPH. Pertama kali lihat terus sahaja penulis jatuh cinta. Tanpa membuang masa penulis terus sahaja ke mesin ATM mengeluarkan tunai RM100 untuk membelinya. Hendak diceritakan semasa membeli buku ini, sempat lagi seorang kakak tidak dikenali menegur penulis. Mulanya penulis berkata ”Wah, cantiklah cover buku ini.. Aku suka.” Penulis berkata kepada rakan di sebelah yang bernama Azmee. ”Jangan tengok cover sahaja, tengok pengisiannya” kakak itu terus menyampuk. ”Hehekkk ... :-P” penulis tergelak sendirian sambil diperhati rakanku Azmee.


Sempena Maulidul Rasul, penulis ingin mengingatkan kepada penulis sendiri dan saudara-saudari yang membaca, selawatlah banyak-banyak kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Kerana penulis teringat Ustaz di sekolah dahulu semasa perhimpunan selepas membaca al-Quran beliau mengingatkan orang yang paling kedekut di dunia ialah orang yang tidak berselawat ke atas Nabi setelah mendengar namanya. Sekalian. Wassalam.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang,

Lihatlah saudaraku alam yang terbentang maya ini. Tidakkah kamu sekalian memerhati betapa hebatnya kekuasaan Allah. Penulis suka sangat lihat kejadian alam yang serba indah ini. Memandangkan penulis mengambil subjek minor Kesusasteraan Melayu, amatlah penting penulis melihat kejadian-kejadian alam yang indah ini bagi mendapatkan ilham menulis cerpen dan puisi. Sememangnya, alam yang diciptakan Allah ini semuanya menngandungi hikmah-hikmah tertentu tanpa kita sedari.


Lihat sahaja bulan dan matahari. Ada sebab mengapa Allah menjadikannya. Penciptaan bulan dan matahari untuk memudahkan manusia berurusan dan membilang hari. Tanpa kejadian bulan dan matahari, mustahil manusia dapat menguruskan masa dengan baik. Kejadian siang dan malam umpamanya juga mengandungi hikmah-hikmah tertentu. Allah tidak pernah menciptakan sesuatu kejadian itu semata-mata begitu sahaja melainkan terdapatnya hikmah.


”Moksu, tengok itu.. Tahi bintang” aku menerpa Moksu aku. Ketika itu penulis masih kanak-kanak lagi. Penulis, adik-adikku yang dicintai dan Moksu penulis yang dikasihi keluar seawal jam 5:30 pagi semata-mata ingin melihat tahi bintang. Ketika itu penulis ingat lagi iaitu bintang-bintang bertebaran di seluruh angkasa. Penulis, Moksu dan adik-adikku berbaring di jambatan untuk melihat keindahan alam. Indahnya........... Tiba-tiba, .............. Ada orang gila kejar keluar dari celahan semak tidak jauh dari jambatan yang kami baring !! Lari !!! Penulis, adik-adikku dan Moksu berlari-lari selaju mungkin. Gelap lak tu .. Kesian kami..


Cantikkan alam ini, memang penulis rela seorang diri bermusafir daripada ditemani rakan-rakan yang hanya asyik bersembang hal-hal dunia. Bila penulis balik kampung dengan menaiki bas, penulis lebih gemar pulang seorang diri kerana penulis suka lihat pemandangan di luar. Umpamanya bukit-bukau, pokok-pokok, burung-burung, awan, ragam manusia, kenderaan dan macam-macam lagilah. Penulis seakan dibuai mimpi melihat semua itu. Entah mengapa suka pulang seorang diri. Penulis suka nak bermuhasabah diri. Maka oleh itu saudara-saudari. Perhatilah kejadian alam ini disekeliling kamu. Pasti hati kamu akan tertawan. Wassalam.

About Me

Foto saya
Dilahirkan pada 26 Oktober 1987 di Johor Bahru. Namun dibesarkan sebagai anak Muar jati.. Anak pertama dalam kalangan 3 beradik. Kesemua lelaki. Sekolah di Sek Keb Tun Aminah JB (1994), Sek Keb Pt No. 5 (1995-1999), Sek Men Keb Johor Jaya 1 (2000-2002),Sek Men Keb Pekan Baru (2003-2006). Sekarang pelajar di UPSI Tg Malim (2007-2011).

Followers