Neon Bintang: Menyuluh Kepekatan Malam

Sukanya aku melihat alam terbentang luas. Cerahnya matahari, cantiknya bulan, lawanya bintang-bintang, indahnya pelangi, seronoknya percikan hujan, heningnya bukit-bukau, pesonanya gunung-gunang, sejuknya hembusan pawana dan Aku bersaksi hanya Dia-lah Allah yang menciptakan segala alam ini.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang,

Lihatlah saudaraku alam yang terbentang maya ini. Tidakkah kamu sekalian memerhati betapa hebatnya kekuasaan Allah. Penulis suka sangat lihat kejadian alam yang serba indah ini. Memandangkan penulis mengambil subjek minor Kesusasteraan Melayu, amatlah penting penulis melihat kejadian-kejadian alam yang indah ini bagi mendapatkan ilham menulis cerpen dan puisi. Sememangnya, alam yang diciptakan Allah ini semuanya menngandungi hikmah-hikmah tertentu tanpa kita sedari.


Lihat sahaja bulan dan matahari. Ada sebab mengapa Allah menjadikannya. Penciptaan bulan dan matahari untuk memudahkan manusia berurusan dan membilang hari. Tanpa kejadian bulan dan matahari, mustahil manusia dapat menguruskan masa dengan baik. Kejadian siang dan malam umpamanya juga mengandungi hikmah-hikmah tertentu. Allah tidak pernah menciptakan sesuatu kejadian itu semata-mata begitu sahaja melainkan terdapatnya hikmah.


”Moksu, tengok itu.. Tahi bintang” aku menerpa Moksu aku. Ketika itu penulis masih kanak-kanak lagi. Penulis, adik-adikku yang dicintai dan Moksu penulis yang dikasihi keluar seawal jam 5:30 pagi semata-mata ingin melihat tahi bintang. Ketika itu penulis ingat lagi iaitu bintang-bintang bertebaran di seluruh angkasa. Penulis, Moksu dan adik-adikku berbaring di jambatan untuk melihat keindahan alam. Indahnya........... Tiba-tiba, .............. Ada orang gila kejar keluar dari celahan semak tidak jauh dari jambatan yang kami baring !! Lari !!! Penulis, adik-adikku dan Moksu berlari-lari selaju mungkin. Gelap lak tu .. Kesian kami..


Cantikkan alam ini, memang penulis rela seorang diri bermusafir daripada ditemani rakan-rakan yang hanya asyik bersembang hal-hal dunia. Bila penulis balik kampung dengan menaiki bas, penulis lebih gemar pulang seorang diri kerana penulis suka lihat pemandangan di luar. Umpamanya bukit-bukau, pokok-pokok, burung-burung, awan, ragam manusia, kenderaan dan macam-macam lagilah. Penulis seakan dibuai mimpi melihat semua itu. Entah mengapa suka pulang seorang diri. Penulis suka nak bermuhasabah diri. Maka oleh itu saudara-saudari. Perhatilah kejadian alam ini disekeliling kamu. Pasti hati kamu akan tertawan. Wassalam.

0 comments:

Powered By Blogger

About Me

Foto saya
Dilahirkan pada 26 Oktober 1987 di Johor Bahru. Namun dibesarkan sebagai anak Muar jati.. Anak pertama dalam kalangan 3 beradik. Kesemua lelaki. Sekolah di Sek Keb Tun Aminah JB (1994), Sek Keb Pt No. 5 (1995-1999), Sek Men Keb Johor Jaya 1 (2000-2002),Sek Men Keb Pekan Baru (2003-2006). Sekarang pelajar di UPSI Tg Malim (2007-2011).

Followers